Friday 19 April 2013

Relaks Minda: Kreativiti Kitar Semula....5

Relaks Minda: Kreativiti Kitar Semula....5: Tahukah anda berapa lama sesuatu benda itu akan hancur mereput dan terlerai menjadi sebahagian dari tanah jika di buang di tempat pelupusa...

Saturday 13 April 2013

Seniman Negara - Lukisan

Syed Ahmad Syed Jamal
Yang Berbahagia Datuk Syed Ahmad Syed Jamal

Datuk Syed Ahmad Syed Jamal

Anugerah Seniman Negara - Lukisan


Datuk Syed Ahmad Syed Jamal (19 September 1929 - 30 Julai 2011) adalah seorang pelukis tersohor di Malaysia. Beliau adalah pemenang anugerah Seniman Negara Malaysia 1995.
Beliau berkahwin dengan Datin Hamidah Mohd Noor dan mendapat dua orang anak lelaki.


Pendidikan

Syed Ahmad Jamal lahir pada 19 September 1929 di Bandar Maharani, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Tambatan Rendah (1936-1938), sebelum ke Sekolah Tambatan Tinggi (1939), Ngee Heng English School (1940), Bukit Zahrah English School dan English College, Johor Bahru sehingga 1949.
Dengan bantuan biasiswa Sultan Ibrahim, beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Birmingham School of Architecture (1950) sebelum mengambil keputusan mengikuti pelajaran seni di Chelsea School of Art, London (1951-1955).

Kerjaya

Beliau menjadi guru di High School, Batu Pahat, Johor, dan bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Harian, Kuala Lumpur (1957). Peranannya sebagai pensyarah dilanjutkan di Malayan Teacher's College, Kirkby, United Kingdom (1958-1959) sebelum kembali semula mengajar di Maktab Perguruan Harian pada tahun 1960.
Beliau seterusnya berkhidmat sebagai ketua Jabatan Pendidikan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras (1961-1963). Pada tahun 1963, beliau menerima biasiswa United States Department untuk melanjutkan pelajaran di School of Art Chicago, Amerika Syarikat.
Setahun selepas itu, beliau dilantik memegang jawatan Pengetua Maktab Perguruan Ilmu Khas sehingga 1972. Pada tahun 1973, beliau ditugaskan berkhidmat di Jabatan Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran.
Pada tahun 1973, Syed Ahmad Jamal memperolehi biasiswa East-West Centre untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana di University of Hawaii.
Sekembalinya ke tanahair, beliau menjadi pensyarah lawatan di Universiti Malaya sehingga 1979, sebelum dilantik menjadi pengarah di Pusat Kebudayaan Universiti Malaya. Tugas rasmi terakhir beliau adalah sebagai Pengarah Balai Seni Lukis Negara bermula tahun 1983 hingga1991.

Anugerah

Pada 1995 ,beliau dianugerahkan Hadiah Seni Negara. Pelbagai hadiah dan anugerah diterima sepanjang penglibatannya dalam seni lukis. Lukisannya ada dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur. Seterusnya dianugerah Seniman Negara.

Jasa

Dunia catan tanah air semenjak tahun 30-an hingga tahun 50-an didominasi gaya konvensional, Realis, Impresionis dan Ekspresionis. Pengaruh hasil kembara ilmu seni di luar negara mendorong Syed Ahmad Jamal berkarya stail Ekspresionis Abstrak dengan menggunakan idiom abstrak yang berasaskan kepada gerak isyarat (gestural) dan emotif. Dalam konteks Malaysia, beliau dianggap pelukis pertama yang menerokai catan non objektif melalui karya bertajuk "Umpan" (The Bait), sebuah karya agung yang dihasilkan pada tahun 1959.
Dalam karya ekspresi-emotif bersifat alegoris ini, pengaruh lukisan Cina, Barat serta khat Arabik jelas terpancar melalui sapuan deras berus yang melahirkan bentuk-bentuk kaligrafik mujarad. Penggunaan awal tulisan Jawi di dalam karya "Chairil Anwar" (1958) telah juga menjadikan Syed Ahmad Jamal sebagai pelopor seni lukis khat cat minyak atas kanvas.
Pernyataan popular Syed Ahmad Jamal iaitu "kesenian Malaysia bermula sekarang!" merupakan indikator penting kepada sebuah era baru seni lukis moden Malaysia pada zaman itu.
Sebagai seorang seniman yang senantiasa mengambil sikap (sehingga ke akhir hayatnya), Syed Ahmad Jamal, walau dalam sosok fizikal yang kelihatan 'gentleman', tetap mempunyai pendirian teguh bila memperkatakan tentang isu-isu yang berlegar dalam sfera sosial dan politik negara mahupun dunia.
Kebangkitan pelajar dan pemberontakan tenaga buruh di Paris demi perubahan sosial sewaktu Revolusi Peranchis 1968, protes-protes pembantahan Perang Vietnam di merata dunia, termasuk peristiwa berdarah 13 Mei 1969 di Malaysia merupakan antara adegan-adegan utama yang menjentik naluri kesenimanan Syed Ahmad Jamal untuk memberi respons secara visual.[1]
Pelbagai tema dilukis. Antaranya tentang kemerdekaan, pembangunan negara dan politik di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, perjuangan Palestin, peristiwa politik 1998 dan tsunami pada 2004. Logo gerakan bukan kerajaan ADIL, atau Pergerakan Keadilan Sosial yang ditubuhkan sebagai respons tindakan-tindakan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas timbalan perdana menteri dan pemimpin Umno mendapat kecaman pihak parti kerajaan.

Meninggal dunia

Pada 30 Julai 2011, beliau meninggal dunia pada usia 82 tahun di rumahnya di Gombak, Selangor. Beliau meninggalkan isterinya Datin Hamidah Mohd Noor dan dua anak lelaki. Jenazah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusu, Gombak. 

Hasil Karya Beliau

Friday 5 April 2013

Cara mengisi masa lapang......

Anda berminat untuk belajar membuat cetakan pada baju atau tuala??? Kalau berminat sila klik link di bawah ini....

Kursus mencetak baju

Thursday 4 April 2013

Quote of The Day



It’s all a big game of construction,
some with a brush,
some with a shovel,
some choose a pen.



Abstract Expressionist Artist - Jackson Pollock Bio


Jackson Pollock qotes
Inspirational Art Quotes by the American Abstract Expressionist artist Jackson Pollockborn Paul Jackson Pollock - Cody, Wyoming, USA - 28th of January, 1912 / Died - 11th of August, 1956 USA
Popular Jackson Pollock paintings include his large abstract "drip paintings" that he created on the floor with household paints. 

Wednesday 3 April 2013

QUotE for the Day

"It is not the language of painters 
but the language of nature 
which one should listen to, 
the feeling for the things themselves, 
for reality, 

is more important than the feeling for pictures"


Vincent Van Gogh

Vincent van Gogh life
"Self Potrait"

Profile of the life of the famous Dutch expressionist painter Vincent van Goghborn Vincent van Gogh - Netherlands - 30th of March, 1853 / Died - 29th of July, 1890
Popular Vincent van Gogh paintings include "Starry Night over the Rhone", "Cafe Terrace at Night", "Sunflowers", and "Self Portrait".

Soalan Kertas 3 - SPM 2013

Kertas soalan SPM 2013 telah pun mula dikeluarkan pada 1 Februari yang lalu. Pelajar-pelajar tingkatan 5 khususnya sudah pun tahu dan sedang menjalankan kerja penghasilan Folio masing-masing.

Cikgu Ucapkan :

SEMOGA BERJAYA dan Dapat Menghasilkan Kerja yang BAIK walaupun awak mengalami kekangan masa....

CHAIYOK....CHAIYOK....... GAMBATE KUDASAI...............

Harap IDEA pelajar-pelajar sekalian mencurah-curah seperti di dalam gambar ini.
(Gambar di ambil dari laman web)